ECRL merupakan satu kemudahan pengangkutan awam darat yang dapat memendekkan tempoh perjalanan penduduk di pantai Timur yang meliputi negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan. Dalam jangka panjang, banyak manfaat yang akan diperoleh dalam industri pelancongan, kemahiran dan pekerjaan.

Begitu juga kesan kepada pembangunan ekonomi yang lain. Lihat sahaja kemudahan komuter dan perkhidmatan tren elektrik (ETS) yang memudahkan perhubungan antara Kuala Lumpur dengan negeri-negeri di utara dan juga selatan.

Apa yang penting kerajaan dapat menyediakan kemudahan pengangkutan atau perhubungan yang lebih cepat, selesa dan selamat. Jika kos pembinaan itu menjadi faktor penghalang, kerajaan perlu mengadakan rundingan semula untuk mencari penyelesaian supaya projek yang sudah bermula itu tidak ditamatkan begitu sahaja.

Awang juga amat berharap pembatalan projek itu bukan di­sebabkan balas dendam atau menghukum penduduk seperti dakwaan sesetengah pihak. Secara kebetulan, projek ini meliputi negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang (BN dan Pas).

Penduduk di sana juga berhak menikmati kemajuan pemba­ngunan termasuk kemudahan perhubungan.

AWANG – Guna ETS ke Alor Setar.