Kalau mengikut kenyataan Abdul Hamid, masalah dadah tersebut agak serius sebab itulah beliau berkata, “Jika masalah lambakan barang terlarang itu tidak dibanteras segera, tidak mustahil pulau peranginan terkenal tersebut menjadi ‘gedung’ dadah, satu hari nanti”.

Oleh itu Awang amat berharap, usaha membanteras gejala dadah di Pulau Langkawi dilakukan secara komprehensif. Penduduk di pulau berkenaan khususnya anak muda tidak boleh dibiarkan terdedah dengan kegiatan yang boleh menghancurkan masa depan mereka.

Awang bimbang jika masalah dadah ini berterusan dan begitu mudah dibawa masuk, ia akan menjejaskan nama baik Langkawi sehingga akhirnya menakutkan pelancong-pelancong datang ke situ.

Pulau Langkawi perlu terkenal sebagai pulau bebas cukai dan mempunyai alam semula jadi cukup menakjubkan, bukannya pulau yang bebas untuk sindiket dadah menjalankan kegiatan jenayah mereka.
 
Awang – Suka naik kereta kabel.