Pendedahan akhbar Awang pada Ahad lalu telah membuktikan perbuatan menghisap vape dalam kalangan pelajar dan murid perlu ditangani segera. Kita sama sekali tidak boleh biarkan gejala ini menular sehingga tidak dapat dikawal.

Oleh itu Awang bersetuju dengan usaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan beberapa agensi lain dalam mengambil langkah pencegahan dan kawalan.

Bagi Awang, ia bukan soal menyekat kemasukan bahan itu di sempadan tetapi bagaimana kita berusaha mengelakkan pelajar dan murid tidak terlibat menghisap vape. Itu lebih penting.

Usaha memerangi penggunaan vape dalam kalangan golongan itu perlu dilakukan secara agresif dan tegas oleh semua kementerian terlibat. Awang percaya selepas vape, tidak mustahil mereka akan menghisap rokok pula. Justeru banteraslah segera.
 


AWANG – Tak suka asap.