Risau dengan situasi politik tidak menentu sekarang akan menyebabkan kerajaan sedia ada tidak stabil, sekali gus kurang berdaya saing menangani cabaran ekonomi semasa.

Apa tidaknya, di pihak sebelah Mohamed Azmin, kehadiran beberapa menteri dan timbalan menteri ke majlis beliau termasuklah pegawai dari pejabat Perdana Menteri jelas menampakkan sentimen sokongan kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu.

Di pihak menyokong Anwar pula, selain isterinya yang juga Timbalan Perdana Menteri, kelibat menteri dan timbalan turut kelihatan ke sana.

Di dua majlis tersebut sahaja sudah ketara wujudnya dua kem dalam PKR - parti komponen terbesar dalam Pakatan Harapan (PH). Adakah imej Kabinet Malaysia baik di mata pelabur asing?

Awang bersetuju dengan peringatan seorang menteri daripada Parti Bersatu tempoh hari bahawa pertelagahan antara Anwar dan Mohamed Azmin hanya membebankan Perdana Menteri untuk merencanakan rancangan memacu ekonomi negara.

AWANG - Pantau ekonomi keluarga.