Aidiladha mengingatkan kita kepada erti pengorbanan. Kisah Nabi Ibrahim AS yang bersedia menyembelih anaknya, Nabi Ismail AS perlu dijadikan teladan. Kesabaran, kesetiaan dan kepatuhan dua beranak ini mengatasi cinta dunia, harta dan kepentingan diri. Pengorbanan ikhlas itu mendapat pertolongan Allah SWT.

Ingatlah hidup ini memerlukan pengorbanan. Siapa pun kita, sama ada pemimpin keluarga, masyarakat, institusi, negeri atau negara perlu bersedia untuk mengorbankan masa, tenaga malahan wang ringgit untuk memastikan mereka yang dalam penja­gaan kita mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Bagi yang tidak menunaikan haji, raikan Aidiladha ini dengan melakukan ibadah korban, amalan sunat yang sangat dituntut bagi mencapai ketakwaan dan keikhlasan. Semoga pengorbanan ikhlas itu diterima dan diberkati serta mendapat ganjaran.

Awang percaya, ibadah korban akan turut menyuburkan sema­ngat perpaduan dalam kalangan masyarakat. Penyembelihan haiwan ternakan secara gotong-royong mampu merapatkan hubungan persaudaraan serta menyemai semangat tolong menolong. Bersatulah bagi menghadapi pihak-pihak yang sentiasa berusaha untuk melemah dan menghancurkan perpaduan umat Islam.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahil hamd.

AWANG – Sertai ibadah korban di pejabat.