Pada pandangan Awang, kenyataan itu bukanlah bermaksud polis tidak mahu menyiasat kes berkaitan politik tetapi biarlah ada manfaat kepada rakyat. Kalau setakat mahu berebut kuasa, jatuh menjatuhkan antara satu sama lain, tidak payahlah menggunakan taktik kotor sehingga melibatkan siasatan polis.

Berpolitiklah secara bersih dan matang. Betul kata Abdul Hamid, sudah setahun lebih pilihan raya berakhir, masih lagi bertelagah. Rakyat pun sudah muak kerana dihidangkan dengan adegan politik tidak berkesudahan, sepatunya tumpuan diberikan bagi mensejahterakan mereka dan membangunkan negara.

Oleh itu Awang berharap, ahli-ahli politik ambil iktibar pesanan beliau. Ini kerana pasukan itu sepatutnya menumpukan kepada pembasmian jenayah, bukannya melayan permainan politik yang memualkan. Banyak lagi janji yang dibuat ketika pilihan raya lalu belum ditunaikan.

Kepada ahli politik tidak kira pembangkang mahupun kerajaan,cukup-cukuplah berpolitik. Kasihanilah rakyat dan jagalah imej negara. Kita tidak akan ke mana kalau asyik berpolitik sepanjang masa dan paling membosankan apabila melibatkan perebutan kuasa sesama sendiri.

AWANG - Dah muak.