Syukurlah, jemaah haji Malaysia dilaporkan dalam keadaan selamat ketika ribut hampir dua jam di Arafah yang turut mero­sakkan khemah. Anggaplah itu sebagai ujian kecil. Perjalanan ibadah bagi memenuhi panggilan Allah ini akan melalui fasa yang lebih mencabar ketika melontar tiga jamrah.

Ibadah melontar melibatkan perjalanan kira-kira tujuh kilo­meter pergi balik. Semua pihak mengharapkan tidak ada insiden buruk berlaku ketika rukun wajib haji dilakukan di Kompleks Jamrah pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijah.

Dalam melaksanakan ibadah ini, jemaah perlu sentiasa ber­sabar, memiliki kekuatan mental dan fizikal. Semua cabaran yang dihadapi menguji tahap kesabaran dan keimanan. Semoga pengalaman di sana benar-benar menginsafkan jemaah.

Awang percaya Tabung Haji dan pihak Muassasah Asia Tenggara sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik bagi memastikan perjalanan ibadah ini lebih lancar. Berbanding tahun lalu, beberapa penambahbaikan telah dilakukan di Arafah dan Mina. Semoga jemaah kembali dengan haji mabrur.

AWANG – Teringat perkhemahan di Mina.