Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 20 MEI 2017

SEMALAM, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengumumkan penyenaraian 10 barangan dalam Skim Kawalan Harga Bulan Ramadan 2017.

Ini pertama kali skim tersebut diadakan apatah lagi khusus untuk bulan Ramadan. Walaupun akan hanya berlangsung selama 10 hari bermula 22 Mei ini hingga 31 Mei, bagi Awang langkah itu cukup memadai. Tarikh penguatkuasaannya iaitu kira-kira lima hari sebelum umat Islam berpuasa amat tepat kerana lazimnya ketika inilah orang ramai membuat pembelian barangan lebih daripada biasa. Di saat ini juga pada masa-masa yang lepas tidak semena-mena akan berlaku kenaikan harga barang-barang keperluan terutama berkaitan makanan. Para peniaga biasanya akan mengambil kesempatan daripada peningkatan permintaan untuk menaikkan harga barang ke­perluan pengguna, kadangkala sewenang-wenangnya.

Telur ayam, kelapa biji dan parut, gula pasir dan tepung gandum memang antara ‘keperluan musim perayaan’ yang menjadi ‘tebusan’ peniaga terhadap pengguna. Maklumlah mahu tidak mahu mereka terpaksa membelinya. Kebanyakan juadah istimewa bulan puasa pula memerlukan bahan berkenaan, tidak kiralah untuk hidangan keluarga atau jualan di bazar Ramadan.

Justeru Awang ucapkan syabas kepada pihak kementerian kerana memahami keresahan rakyat dan mendengar rungutan mereka dengan memasukkan barang-barang tersebut ke dalam senarai 10 barangan Skim Kawalan Harga Bulan Ramadan 2017. Diharap skim kawalan harga ini akan dikuatkuasakan sekali lagi menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

AWANG – Sudah terbayang ‘puteri dua sebilik’.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain