Ia memandangkan pelaku dalam video itu belum dikenal pasti manakala dalang utama yang dikatakan melakukan pakatan jahat tersebut masih belum ditahan. Kedua-dua isu ini perlu diselesaikan segera.

Jika negara kita tidak mempunyai kepakaran untuk memberi `pengecaman positif’ terhadap video berkenaan, biarpun sebelum ini gambar di CCTV pun mampu dikenalpasti, mungkin CyberSecurity Malaysia boleh memohon pakar luar untuk membantu.

Pada masa sama, pihak polis juga perlu menamatkan segera persoalan siapa dalang yang dimaksudkan. Ketika ini sebaik sahaja Abdul Hamid mengeluarkan kenyataan berhubung ketulenan video tersebut, pelbagai persepsi dan spekulasi bertebaran sehingga ada antaranya mempersoalkan kredibiliti pihak berkuasa.

Awang tidak bermaksud mempertikaikan sesiapa, tetapi hanya bersetuju dengan pandangan rakyat yang mahu kes berkenaan benar-benar disiasat secara terperinci kerana ia melibatkan soal politik negara.

AWANG – Macam-macam dalam fikiran.