Apa yang berlaku kepada golongan tersebut seperti mana didedahkan oleh akhbar Awang, kelmarin dan semalam membuktikan sesuatu perlu dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut kerana ia kini sudah berada pada tahap serius.

Mana-mana institusi kewangan atau koperasi tidak sepatutnya mengenakan kadar faedah tinggi apatah lagi hanya memberi antara 70 peratus hingga 90 peratus daripada keseluruhan pinjaman.

Bagi Awang, tindakan tersebut tidak wajar sama sekali dan tidak keterlaluan kalau ada yang menganggap ia ‘baik sikit’ sahaja daripada ‘ahlong’. Oleh itu ia harus diselesaikan demi kebaikan penjawat awam.

Tidak perlu bercakap soal ‘ukur baju di badan sendiri’ kerana Awang percaya mesti ada sebab kenapa penjawat awam terpaksa melakukan pinjaman berkenaan. Justeru daripada kita membuat tafsiran bukan-bukan, lebih baik kita meminta kerajaan mewujudkan kaedah elak mereka ditipu.

AWANG - Elak hutang.