Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 19 MEI 2017

ISU kekecohan yang melibatkan penerbit filem, David Teo dan Sulaiman Yassin atau Mat Over boleh dianggap selesai apabila kedua-dua belah pihak bermaaf-maafan antara satu sama lain.

Kejadian yang berlaku di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika Dialog TN50 bersama para penggiat seni di Putrajaya itu menarik perhatian dan video kekecohan menjadi tular dalam sekelip mata.

Awang tidak berhasrat untuk mengulas panjang isu itu kerana keadaan pun sudah reda, cuma Awang tertarik dengan kenya­taan pengendali dialog tersebut, Datuk Rosyam Nor yang mengingatkan semua pihak supaya ‘jaga adab ketika masuk ke rumah orang’.

Mesej beliau jelas iaitu hormatilah tuan rumah dan jangan cuba tunjuk angkuh seolah-olah kita sahaja yang betul atau hanya kita yang pandai. Dalam apa juga bidang sememangnya ‘menjaga adab’ adalah penting. Janganlah cuba bersikap biadab apabila masuk rumah orang.

Awang selalu dipesan oleh orang tua-tua kalau kita datang ke satu-satu tempat dengan bersahabat kita akan diterima sebagai sahabat tetapi kalau kita datang dengan keangkuhan maka kita akan mencipta permusuhan.

Apapun Awang berterima kasih kepada David dan Sulaiman kerana menyelesaikan pertelingkahan mereka dengan baik. Tia­da gunanya pun bermusuhan apatah lagi kalau mereka dalam bidang yang sama.

AWANG - Tak suka bergaduh.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain