Ini bermakna bukan sahaja kepada pengundi tetapi semua parti bertanding dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan.

Jika diperhatikan setelah pelantikan kumpulan ahli baharu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tempoh hari, terdapat beberapa personaliti yang latar belakangnya diragui seperti anggota Bersih.

Sepintas lalu, Awang nampak elemen berkecuali pada diri Datuk Seri Ramlan Ibrahim, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar. Satu dua lagi pula memang condong kepada parti-parti politik yang dulunya pembangkang tetapi kini kerajaan.

Siapa yang tidak kenal Bersih - pengkritik tegar SPR walaupun telah buat kerja dengan betul. Kalau SPR tidak adil, masakan Pakatan Harapan (PH) boleh menumbangkan Barisan Nasional (BN) yang berkuasa selama enam dekad.

Di Semenyih, SPR mesti pastikan jangan ada lagi kelibat menteri-menteri menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen. Pihak polis harus berlaku adil dalam mengeluarkan permit.

Terjemahkan sikap dan imej non-partisan SPR di Semenyih.

AWANG – Sokong Azhar Azizan Harun.