Awang tidak ada masalah berhubung kewujudan parti baharu, selagi ia boleh mendatangkan manfaat kepada negara. Lagipun apa yang mahu dirisaukan kalau setakat parti tersebut mahu memperjuangkan agenda membanteras rasuah.

Tetapi apa yang menarik perhatian Awang ialah parti-parti yang ditubuhkan semata-mata untuk merebut sokongan orang Melayu. Awang berpendapat, ia tidak akan memberi manfaat 
kepada kaum tersebut.

Sebaliknya orang Melayu akan berpecah-belah dan paling merisaukan oleh kerana berbeza fahaman politik, mereka tidak mampu mencapai kata sepakat waima dalam soal berkaitan kepentingan bangsa sendiri.

Oleh itu Awang berharap, selepas ini biarpun demokrasi membenarkan dan undang-undang mengizinkan, tak perlulah lagi ada parti-parti yang bertujuan meraih sokongan orang Melayu kerana Awang bimbang berlaku situasi, ‘menang sorak kampung tergadai’.

AWANG – Fikir soal bangsa, agama.