Selama ini Awang mendengar terlalu banyak cerita mengenai penglibatan segelintir anggota agensi penguat kuasa yang mahu hidup mewah dengan menerima rasuah daripada pengusaha pusat judi tersebut.

Perbuatan mereka ini adalah satu pengkhianatan terhadap amanah yang diberikan. Mereka juga menjadi punca kegiatan ha-ram itu tidak dapat dibanteras sehingga ke akar umbi.

Awang percaya tindakan SPRM di Melaka hanya suatu permulaan. Selepas ini agensi tersebut pasti akan bertindak di negeri-negeri lain pula bagi memastikan mana-mana anggota agensi pe-nguat kuasa yang terlibat dengan rasuah bagi melindungi kegiatan judi haram ditahan dan didakwa di mahkamah.

Apa yang diharapkan, selain polis, siasatan diperluaskan terhadap agensi-agensi lain juga berkaitan gejala yang sama. Hal ini kerana, banyak cerita yang berlegar di luar sana. Lagipun membanteras kegiatan judi haram bukan tugas polis semata-mata.

AWANG – Tahu banyak cerita.