Mereka ini seolah-olah menafikan hak orang Islam dan imigran untuk hidup di negara asing sedangkan semua tahu golongan kulit putih juga pendatang sama ada di AS mahupun Australia. Tidak ada bezanya Trump dan Anning dengan pendatang Afrika, India, China dan Islam di sana.

Dalam hal ini Awang bukanlah hendak bersikap perkauman terhadap kulit putih. Tetapi kalau dituruti sejarah, bangsa mana yang paling melampau sehingga menjajah dan menjarah negara lain sehingga bertindak sesuka hati di tanah milik orang lain.

Kini sudah sampai masanya mereka ini perlu disedarkan dunia ini adalah untuk dikongsi bersama. Tidak ada pihak mampu menyedarkan mereka yang angkuh ini sebaik, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana dunia tahu kelantangannya menentang kekejaman dan penindasan.

Perjuangan untuk menyedarkan pihak ini tidak memerlukan senjata jauh sekali keganasan. Cukup dengan teguran konsisten seperti mana Dr. Mahathir senantiasa mengulangi gesaan supaya nasib rakyat Palestin di bela.

Awang - Masa untuk bertindak...