Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 18 MAC 2017

‘Doakan kami’ - Awang tersentuh dengan ayat ini yang disampaikan oleh Penasihat di Kedutaan Besar Malaysia di Korea Utara, Mohd. Nor Azrin Md.Zain kepada wartawan Awang. Beliau adalah antara sembilan rakyat Malaysia yang tidak dibenar meninggalkan negara itu ketika hubungan diplomatik antara kedua-dua negara tegang.

Sememangnya, Mohd. Nor Azrin dan rakyat Malaysia yang lain memerlukan sokongan dan doa kita semua. Itu sahaja yang boleh kita lakukan ketika usaha berterusan sedang dijalankan oleh kerajaan Malaysia bagi membawa mereka pulang.

Awang bersyukur ketegangan antara kedua-dua negara semakin kendur. Meja rundingan sudah dibuka bagi membolehkan segala ­krisis dan kemelut yang berlaku berikutan pembunuhan abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-nam pada awal Februari lalu diselesaikan.

Adalah diharapkan rundingan akan berjalan lancar sekali gus membolehkan Mohd. Nor Azrin dan rakyat Malaysia yang lain dapat kembali ke tanah air. Buat masa ini, Awang berpendapat, biarlah urusan itu dikendalikan oleh kerajaan. Tidak perlu ada mana-mana pihak mencetuskan apa-apa tindakan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

Awang yakin kerajaan Malaysia sudah cukup berpengalaman bagi menghadapi situasi ini dan sentiasa meletakkan keselamatan rakyatnya di luar negara sebagai keutamaan. Lagi pun tiada guna kedua-dua negara berbalah sedangkan jalan penyelesaian masih terbuka.

Awang – Terus berdoa.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain