Sama ada mereka bersalah atau tidak, biarlah siasatan dan mahkamah yang menentukan. Tetapi Awang yakin SPRM sudah pasti tidak akan melakukan tangkapan terbesar tersebut tanpa bukti kukuh.

Bukan mudah menahan 24 anggota penguat kuasa sekali gus dan Awang diberitahu ramai lagi sedang menanti masa untuk ‘dijemput’ oleh agensi itu.

Apapun Awang bersama SPRM dalam memastikan semua agensi penguat kuasa bebas daripada amalan rasuah. Kita sudah bosan apabila dari semasa ke semasa terus dipaparkan dengan berita penguat kuasa ditangkap kerana gejala itu.

Apa yang merisaukan hampir kesemua agensi penguat kuasa waima pihak berkuasa tempatan (PBT) pun terlibat dengan rasuah. Kalau perbuatan ini berterusan, apa akan berlaku kepada negara ini.

Awang tidak fikir soal gaji jadi punca. Sebaliknya ia berlaku kerana tamak dan mahu hidup mewah dengan wang haram serta ingin bergaya tanpa melihat sejauh mana kemampuan mereka. Oleh itu tanggunglah akibat dari ketamakan tersebut.

AWANG - Tak terkejut.