Ini seperti mana kata beliau bagi memastikan si pelaku dikenakan tindakan manakala mangsa mendapat pembelaan sewajar­nya. Sudah pastilah kenyataan Noor Rashid mampu menamatkan pelbagai spekulasi dan persepsif orang ramai berhubung kes ber­kenaan.

Awang sendiri pun banyak dihujani dengan pertanyaan me­ngenai perkara itu. Tetapi Awang sentiasa yakin polis kita amat profesional dalam menjalankan tugas dan tidak akan berkompromi dengan sebarang perilaku yang melanggar undang-undang.

Oleh itu Awang berharap orang ramai akan memberi tempoh kepada polis untuk menjalankan siasatan kerana seperti kata Noor Rashid, pihaknya tidak boleh mengambil jalan mudah dalam menyiasat kes tersebut.

Adalah diharapkan selepas ini orang ramai tidak lagi membuat spekulasi, apatah lagi membuat tanggapan negatif kepada pihak polis. Adalah lebih baik kita sama-sama menunggu hasil siasatan kes tersebut.

Awang – Yakin kewibawaan polis.