Justeru Awang menyokong penuh pendirian Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel itu kerana ia menafikan hak umat Islam untuk beribadah. Awang berharap dunia Islam tidak akan berdiam diri lagi.

Mereka perlu bersatu menentang sikap tidak bertamadun Israel itu. Ternyata apa yang dilakukan oleh rejim berkenaan adalah satu provokasi dengan tujuan membangkitkan kemarahan umat Islam.

Sekali lagi apa yang dilakukan oleh rejim Zionis tersebut adalah ujian kepada perpaduan umat Islam untuk sama-sama bangkit menentang kebiadaban berterusan Israel dalam menjajah bumi Palestin.

Oleh itu, Awang berharap kerajaan Malaysia akan terus mendesak dan memberi tekanan agar Israel segera membuka semula Masjid Al-Aqsa serta memastikan negara tersebut tidak ­melakukan helah licik untuk mengubah status quo tempat suci umat Islam berkenaan.

AWANG – Sokong perjuangan rakyat Palestin.