Guru umpama lilin yang membakar diri bagi menerangi ke­gelapan orang lain. Kesabaran mereka membolehkan anak-anak menulis, membaca dan mengira. Ilmu tidak datang sendiri tanpa guru. Dalam ledakan era digital hari ini, kemajuan teknologi diakui dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran secara kreatif tetapi ia tidak mampu mengambil alih peranan guru.

Bagi menghadapi cabaran yang semakin hebat dalam era teknologi ini, Kementerian Pendidikan harus sentiasa berusaha menambah baik kemudahan di sekolah serta meningkatkan latihan guru seiring kemajuan semasa. Biarlah guru lebih kreatif dengan idea-idea baharu dalam meningkatkan kualiti pendidikan.

Awang juga berharap, seluruh pendidik cekal mendidik anak-anak di semua peringkat. Bukanlah sesuatu yang mustahil, ada guru terpaksa berundur kerana tidak mampu memikul tanggungjawab. Mendidik anak-anak bukanlah kerja mudah lebih-lebih lagi dengan pelbagai kerenah murid-murid/pelajar dan sikap sesete­ngah ibu bapa. Semoga profesion guru akan terus dimartabatkan.

AWANG - Ingat cikgu sekolah rendah, menengah.