Awang berharap prinsip dan pendirian politik sentiasa dipertahankan. Penggunaan jentera dan aset kerajaan dalam PRK perlu dihentikan demi menjaga integriti proses pilihan raya.

Bukannya lama, dua minggu sahaja untuk tempoh bertenang. Biarkanlah jurukempen parti masing-masing mencanangkan segala janji dan perdebatkan isu-isu semasa secara fakta dan berhemah.

Yang penting, kempen pilihan raya perlu mendahulukan proses menangani permasalahan rakyat. Manifesto yang dirangka perlulah logik dan bukan sekadar imaginasi sahaja.

Sudah tiba masanya proses pilihan raya memerlukan satu permulaan baharu secara drastik dari aspek kempen khususnya unsur ‘rasuah’ yang cukup mendalam tafsirannya jika gagal ditangani secara efektif. Juga, jangan lagi main harung politik ‘kitar semula’ tetapi dengan skrip baharu.

Bantulah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memastikan kempen pilihan raya di Semenyih berlangsung tanpa provokasi isu-isu perkauman.

AWANG – Penat di Cameron Highlands belum hilang.