Kecuaian ini sama ada disengajakan atau sebaliknya. Ini bukan kali pertama kes bayi meninggal dunia dengan pelbagai kesan kecederaan sama ada luaran atau dalaman. Kenapa kejadian seumpama ini berulang? Apakah masalah yang melanda masyarakat kita? Di mana nilai-nilai kemanusiaan atau keibuan.

Entah apa dosa bayi berkenaan sehingga ibu bapa, penjaga atau pengasuh begitu cuai dalam penjagaannya. Masalah ini akan te­rus berlaku walaupun pelaku dikenakan hukuman. Apa yang penting adalah mengembalikan sifat-sifat kemanusiaan dalam kalangan masyarakat terutama mereka yang bakal bergelar ibu bapa.

Kepada pasangan atau penjaga yang menghadapi masalah untuk membesarkan bayi, carilah jalan keluar tanpa menjadikan bayi sebagai mangsa.

Awang percaya, masih ada ruang untuk menyelamatkan bayi berkenaan. Contohnya, sejak 2008, Yayasan OrphanCARE (OC) berjaya menyelamatkan 261 bayi yang ditinggalkan dan 160 daripadanya diambil sebagai anak angkat. Lebih menarik 97 bayi dibawa pulang oleh ibu kandung selepas selesai sesi kaunseling.

AWANG - Hargai anugerah Allah