Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 15 JULAI 2017

Gabungan Pakatan Harapan diketuai oleh DAP, akhirnya membariskan kepemimpinan yang disandarkan harapan untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Seperti diramalkan, pembahagian jawatan lebih menjurus kepada ‘sandiwara politik’ dan pendekatan mahu mengambil hati, apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai Pengerusi manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum. Isteri beliau, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pula sebagai Presiden.

Tetapi Awang percaya, tidak kira siapa pun yang menduduki jawatan tertinggi dalam pakatan tersebut, yang tetap akan berkuasa ialah DAP. Walaupun parti itu hanya diberi jawatan Timbalan Presiden yang disandang oleh Lim Guan Eng bersama-sama Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mohamad Sabu, namun ini tidaklah mengurangkan penguasaan DAP.

Memandangkan DAP menguasai kerusi paling banyak dalam Parlimen berbanding parti-parti pembangkang lain dan kedudukan ini dijangka kekal dalam PRU-14, mustahil DAP akan menyerahkan kerusinya kepada PAN atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Oleh itu bagi Awang, parti-parti yang bergabung dalam Pakatan Harapan boleh sahaja berasa bangga kerana memegang jawatan utama dalam pakatan berkenaan tetapi kuasa sudah pasti bukan di tangan mereka.

Kalau mereka mahu berkuasa, maka pastikan parti mereka memenangi kerusi lebih banyak daripada DAP, jika tidak bersedialah menjadi ‘pak turut’ dan ‘kuda tunggangan’ kepada parti berkenaan.


AWANG – Boleh baca taktik DAP.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain