Dengan landskap politik yang sudah jauh berubah, mana-mana parti tidak lagi boleh ambil mudah calon yang bakal bertanding. Jika tersilap perhitungan, calon boleh kalah dan akhirnya membawa kesan besar kepada parti.

Awang yakin PH sendiri telah ambil iktibar punca kekalahan mereka di Cameron Highlands tempoh hari.

Hakikatnya, ada kalangan pengundi membuat keputusan selepas penamaan calon Sabtu ini dengan mengambil serius faktor personaliti, kelayakan dan imej calon. Ini berbanding mereka yang membuat keputusan pada waktu kempen yang mempertimbangkan faktor isu dan parti.

Pengundi yang membuat keputusan pada saat-saat akhir ketika hari pengundian pula mengambil kira soal isu berbangkit ketika ini. Golongan ini bagi Awang merupakan pengundi yang mempunyai tahap celik politik yang tinggi.

Apa pun Awang berharap perjalanan kempen sepanjang 14 hari PRK kali keenam ini akan bebas dari unsur provokasi menyentuh sensitiviti kaum.

AWANG - Tak sabar pakai pas media SPR.