Walaupun Awang percaya pelbagai cabaran getir bakal ditempuh oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) namun Awang yakin usaha untuk membanteras judi ini tetap akan berhasil. Apa yang penting ialah komitmen seluruh pegawai dan anggota pasukan itu.

Tidak perlu lagi ada kompromi dengan kelompok yang sanggup mengaut keuntungan melalui cara menghancurkan kehidupan orang lain.
 Selain operator dan tauke judi, mereka yang sanggup bersekongkol dengan perbuatan tersebut juga harus dikenakan tindakan.

Pada masa sama, usaha membanteras judi itu tidak boleh bergantung kepada polis sahaja, pihak berkuasa tempatan (PBT) juga harus memainkan peranan.

Mana-mana premis yang diserbu oleh polis dan disahkan terlibat dalam kegiatan berkenaan harus disita manakala bekalan air serta elektrik mereka dipotong. Melalui cara itu pasti premis perjudian tidak akan beroperasi lagi.

AWANG - Sokong PDRM banteras judi.