Pada pandangan Awang, politik seumpama itu tidak akan mendatangkan apa-apa faedah kepada rakyat sebaliknya hanya menampakkan masih wujud dalam kalangan kita kelompok yang mahu berpolitik secara jahil.

Dalam soal ini Awang bersetuju dengan pandangan bekas Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainal Abidin supaya politik seumpama itu dihentikan. Tidak ada manfaat pun kepada rakyat.

Awang tidak tahu siapa dalang di sebalik penyebaran rakaman video yang memualkan tersebut, tetapi apa yang pasti rakyat sudah muak dengan taktik politik seumpama itu. Tidak kiralah pembangkang mahupun kerajaan, berpolitiklah secara matang.

Rakyat kini berhadapan dengan pelbagai cabaran terutama kos sara hidup, adalah lebih penting jika perkara itu diberi tumpuan bukannya terus dengan agenda politik jatuh menjatuhkan antara satu sama lain. Politik fitnah tidak akan ke mana sebaliknya hanya menampakkan betapa jahilnya orang kita berpolitik.
 


AWANG - Sudah bosan.