Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 13 JULAI 2017

AWANG tidak hairan apabila ada penunggang motosikal yang berani ‘melanggar’ lampu isyarat merah. Bagi mereka selagi ada ruang, peluang itu akan digunakan untuk meneruskan perjalanan. Mereka sedar kesalahan yang dilakukan serta risiko yang bakal dihadapi akibat kesalahan berkenaan.

Kebanyakan mereka berani melakukan kesalahan kerana tidak ada sesiapa yang boleh menghukum mereka. Mereka rasa selamat dan akan mengulangi kesalahan itu sehinggalah insaf setelah terlibat dalam kemalangan atau dikenakan tindakan. Begitulah sikap sesetengah penunggang yang berani mempertaruhkan nyawa semata-mata untuk mempercepatkan perjalanan.

Hakikatnya, keadaan ini bukan sahaja melibatkan penunggang motosikal tetapi juga pemandu kenderaan lain. Lebih malang apabila kes ‘langgar’ lampu merah ini berlaku di laluan untuk pejalan kaki melintas. Lampu hijau di laluan berkenaan bukan jaminan mereka boleh melintas dengan selamat.

Pemandu gelojoh tidak peduli keselamatan orang lain. Diharap­kan tindakan pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ‘memerhati’ tabiat penunggang serta pemandu lain di beberapa lokasi lampu isyarat dapat mendidik pengguna.

Awang perhatikan, pengguna lebih berhati-hati apabila sedar ada orang sedang memerhatikan mereka termasuk kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES). Kenderaan akan perlahan di kawasan berkenaan tetapi memecut sebaik sahaja melepasi AES. Begitulah sikap penunggang dan pemandu kita.

AWANG - Hati-hati sikap penunggang motosikal.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain