Terbaharu, Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mengkritik keputusan tersebut yang dianggap hanya memperbodohkan rakyat memandangkan bekas Perdana Menteri itu disifatkan beliau telah menghancurkan sistem negara ini.

Sebenarnya Awang tidak terkejut dengan pandangan dan kritikan seumpama itu. Ia memandangkan bukan sahaja orang luar malah dalam kalangan pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan sendiri sebenarnya tidak berpuas hati dan tidak faham kenapa ahli politik berusia 93 tahun itu dipilih.

Apatah lagi pada pandangan mereka sebelum ini kerjasama politik yang menggabungkan parti-parti pembangkang terma­suklah suatu ketika dahulu bersama Pas diwujudkan semata-mata kerana Dr. Mahathir.

Beliau yang memungkinkan PKR ditubuhkan apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada kerajaan dan UMNO tetapi kini Pakatan Harapan tanpa Pas mengangkat Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri sementara. Keadaan itu Awang yakin bukan sahaja mewujudkan kekeliruan dalam kalangan rakyat, lebih daripada itu pasti yang bertanya ‘kegilaan apakah ini’. Yang pasti segala-galanya sanggup dilakukan kerana kemaruk kuasa.

AWANG – Tolak politik matlamat halalkan cara.