Inipun topik yang sering dibangkitkan terutamanya sejak ke­belakangan ini. Perpecahan antaranya kerana kepentingan politik kelihatan belum mengendur walaupun usaha pemulihan banyak digerakkan.

Daripada banyak ucapan semalam, Awang tertarik dengan titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang menyatakan ‘umat Islam di negara kita juga sedang diuji dengan usaha-usaha untuk menafikan kedudukan Islam seperti yang dijamin dalam Perlembagaan.’

Bagi menghadapi ujian itu, Sultan Mizan mengingatkan kita agar menjaga kunci penting iaitu kesatuan dan perpaduan ummah.

Awang bersetuju dengan pandangan bahawa perpaduan dalam kalangan umat Islam adalah kunci kepada pembinaan negara yang aman dan sejahtera. Apabila umat Islam bersatu, sekaligus perpaduan sesama rakyat pelbagai kaum dan agama dapat diperkukuhkan.

Sebab itu, kita sebagai umat Islam dan juga rakyat negara ini masing-masing mempunyai tanggungjawab untuk sentiasa menjaga kunci penting ini. Jangan terlalu mudah termakan provokasi dan pujukan untuk menggadai perpaduan.

 

Awang – Tahan diuji.