Mereka adalah kelompok yang seharusnya mendapat pengiktirafan istimewa. Begitu juga pasukan keselamatan lain termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

 Awang sememangnya kagum dengan pengorbanan mereka yang bertugas tanpa mengira waktu dan berkorban apa sahaja bagi membolehkan rakyat menjalankan kehidupan harian dengan tenang.

Persoalannya, apakah gaji atau imbuhan mereka peroleh setimpal dengan pengorbanan tersebut?

Justeru Awang bersetuju dengan permintaan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador supaya gaji anggota polis berpangkat Sarjan ke bawah dinaikkan.

Sudah sampai masanya kerajaan meneliti perkara ini yang bukan sahaja melibatkan anggota PDRM tetapi juga pasukan keselamatan lain.

Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, Awang berpendapat wajar gaji dan imbuhan kepada mereka perlu dikaji semula. Begitu juga soal logistik seperti kuarters yang pada pandangan Awang perlu diberi perhatian serius.

Awang berharap permintaan PDRM akan dipenuhi demi memastikan kerajaan dilihat benar-benar menghargai pengorbanan pasukan keselamatan.
 


AWANG – Hormat pasukan keselamatan.