Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa ‘penjaga’ yang menjaga kurang daripada 10 kanak-kanak di rumah dikategorikan sebagai taska di rumah dan tertakluk di bawah Akta Taska 1984 (Akta 308). Maknanya kediaman itu perlu didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pengasuh wajib menjalani kursus yang ditetapkan.

Kos penjagaan yang tinggi dan jarak rumah atau tempat kerja turut menjadi pendorong ibu bapa ‘menumpangkan’ anak-anak mereka di rumah jiran. Tidak dinafikan ada jiran yang menjaga dengan baik, bagaikan anak sendiri. Semuanya bergantung kepada jumlah anak yang dijaga.

Isu ini akan berterusan selagi tidak ada tindakan susulan dan penguatkuasaan di samping sikap pengasuh.

Awang amat berharap, pejabat kerajaan atau swasta dapat mewujudkan pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja. Langkah ini dapat mendekatkan anak-anak dengan ibu dan membantu wanita terus bekerjaya. Diharapkan arahan seperti terkandung dalam Bajet 2018 supaya semua bangunan baharu di Kuala Lumpur menyediakan taska dapat dipatuhi dan diperluaskan.

AWANG - Syukur jiran asuh anak .