Bagaimanapun punca sebenar mengakibatkan masyarakat Orang Asli itu sakit masih menjadi tanda tanya atau tiada jawapan yang pasti. Pencemaran air dikatakan bukan penyebab. Oleh itu Awang tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku?

Oleh itu Awang berharap kerajaan melalui Kementerian Kesihatan menyiasat kejadian ini supaya ia tidak ditafsirkan sebagai ‘satu misteri’. Tambahan pula, khabarnya penduduk di situ mula sakit sejak awal bulan lalu lagi.

Siasatan rapi perlu dijalankan untuk mengenalpasti punca dan bagaimana mahu mengatasinya. Kawasan terlibat perlu dikosongkan sehingga siasatan selesai bagi mengelakkan penyakit itu merebak.

Pada masa sama, Awang berharap tiada mana-mana pihak mahu mengambil kesempatan untuk berpolitik dengan menuding jari menyalahkan antara satu sama lain. Apa yang berlaku di Gua Musang adalah satu krisis kesihatan bukannya pilihan raya kecil sehingga segala-galanya mahu dipolitikkan.

AWANG – Tunggu hasil siasatan.