Walaupun IBR adalah program sukarela tetapi tunjukkanlah sokongan, komitmen serta kesungguhan untuk bersama SPRM. Ada pemimpin yang lantang bersuara menentang rasuah dan mengkritik pihak lain tetapi dalam hal ini mereka seolah-olah tidak menyokong usaha SPRM. Ibarat cakap tidak serupa bikin.

Bukanlah bermaksud tanpa menandatangani IBR, pihak ber­kenaan tidak berusaha bagi memastikan pentadbiran di ne­geri masing-masing bebas rasuah. Apa yang penting, setiap kerajaan negeri terutama pemimpin yang diamanahkan mentadbir negeri dapat memaparkan kepada khalayak komitmen mereka.

Langkah ini juga dapat meningkatkan keyakinan rakyat terhadap SPRM dan sesebuah kerajaan negeri dalam usaha me­merangi rasuah. Ingatlah, gejala rasuah boleh berlaku di mana-mana sahaja dan melibatkan pelbagai peringkat individu sama ada pekerja bawahan atau pemimpin organisasi.

Awang juga berharap, negeri-negeri yang telah menandata­ngani IBR akan terus menunjukkan komitmen selaras dengan janji yang diikrarkan. Buktikan kerjasama strategik yang dirangka dengan SPRM itu benar-benar ikhlas. Jangan sekadar me­nyertai program. Berusahalah bersungguh-sungguh untuk memben­dung rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.

AWANG – Sokong program SPRM.