Peringatan seumpama itu bukanlah kali pertama tetapi um­pama masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Memandangkan mesyua­rat penggal ini menampilkan 90 anggota baharu, eloklah amaran itu diperingatkan semula, bukan sahaja kepada orang baharu tetapi mereka yang sudah berpengalaman.

Gunalah bahasa atau ayat yang lebih sopan kerana mesyuarat itu turut disaksikan oleh orang luar sama ada di dalam Dewan atau melalui televisyen dan laman sosial. Jadilah contoh yang terbaik kepada rakyat supaya perbahasan itu benar-benar berkualiti.

Ingatlah, tindak tanduk atau perangai tidak elok boleh mempe­ngaruhi masyarakat di luar untuk dijadikan ikutan. Akhirnya terjadilah umpama ketam mengajar anaknya berjalan betul. Wakil rakyat ada ‘lesen besar’ dan bebas bercakap tetapi jagalah adab.

Awang percaya tidak timbul masalah besar jika wakil rakyat dapat mengawal kebebasan bercakap di dalam Dewan. Mesyuarat boleh tenang jika ketika berbahas, mereka saling hormat menghormati, tidak menyinggung perasaan, bersangka buruk atau memfitnah. Pengendali mesyuarat juga perlu adil dan berusaha mengelakkan suasana yang boleh mencetuskan kekecohan.

AWANG – Sabar hadapi provokasi.