Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

AWANG tidak tahu apa lagi alasan yang akan diberikan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang berhubung campur tangan dalam urusan fatwa di negeri itu. Ini memandangkan semalam, tersebar surat arahan supaya Jawatankuasa Fatwa membincangkan semula fatwa kalimah Allah.

Walaupun surat itu bertarikh 26 Mei 2010 atau enam tahun lalu tetapi jelas menjadi bukti bahawa penafian kerajaan negeri Pulau Pinang sebelum ini hanyalah pembohongan. Kalaulah surat seum­pama itu wujud maknanya berlaku campur tangan.

Oleh itu tidak perlulah pemimpin-pemimpin DAP dan sekutunya berdolak-dalih lagi. Adalah lebih baik mereka menganggap apa yang berlaku satu keterlanjuran yang tidak harus diulangi.

Memandangkan isu ini berkaitan hal ehwal agama Islam dan di bawah urusan Mufti Pulau Pinang dan Jawatankuasa Fatwa, kerajaan negeri tidak berhak campur tangan. Apapun keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa itu adalah demi kepentingan umat Islam dan agama Islam. Janganlah segala-galanya mahu dipolitikkan.

Awang berharap Kerajaan DAP Pulau Pinang akan menjadikan isu ini sebagai pengajaran dan lebih berhati-hati dalam perkara berkaitan hal ehwal Islam. Kalau sekadar mahu berbincang, tidak ada masalah, tetapi janganlah bertindak seolah-olah mahu campur tangan.

AWANG – Sentiasa hormati fatwa.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain