Warga Perancis itu meletakkan jawatan kerana mahu menumpukan segala-galanya untuk membersihkan dirinya daripada tuduhan tersebut.

Beliau berbuat demikian tanpa perlu ada desakan mana-mana pihak termasuklah menerusi demonstrasi jalanan.

Amat jelas Strauss-Kahn memilih untuk menjaga kredibiliti diri dan institusi yang diterajuinya. Prinsip yang dipegangnya amat jelas.

Secara jelas beliau tidak mahu memalitkan IMF dengan dakwaan jenayah yang dihadapinya; walaupun pada masa yang sama menafikan dakwaan serangan seksual ke atas seorang pengemas bilik hotel.

Awang cuba membandingkan kes-kes yang hampir serupa di tanah air kita. Ada pihak yang didakwa terbabit nampaknya begitu liat untuk melepaskan jawatan, walaupun tiada undang-undang mensyaratkan langkah itu diambil. Ia lebih kepada soal kebesaran diri dan kredibiliti.

Tidak cukup dengan itu, para penyokong pihak tertentu sanggup berdemonstrasi membantah kes itu dibawa ke muka pengadilan, seolah-olah tidak percaya kepada sistem keadilan yang kita sendiri cipta dan luhurkan.

Awang – Buka mata.