Tidak pasti apa yang menjadi punca Malaysia boleh berada dalam kedudukan itu, tetapi kenyataan Ketua Polis Negara itu mestilah berdasarkan fakta dan bukannya mahu menakut-nakutkan rakyat negara ini.

Segala aspek penguatkuasaan dan pencegahan perlu dikaji semula. Apatah lagi dengan kenyataan Yang Dipertua Persatuan Pengasih Malaysia, Ramli Abd. Samad yang mendakwa kempen melawan gejala penyalahgunaan dadah gagal sama sekali walaupun pelbagai usaha dilaksanakan sebelum ini.

Awang masih ingat pada 1983 di mana Tun Dr.Mahathir Mohamad melancarkan kempen memerangi dadah habis-habisan. Ia dilaksanakan secara bersungguh-sungguh dan bukan seperti mana kata Ramli, bagaikan `melepaskan batok di tangga’.

Justeru, Awang berharap kerajaan memandangkan serius apa yang dinyatakan oleh Ketua Polis Negara.
 Kempen memerangi dadah secara besar-besaran perlu dilancarkan semula. Ia bukan  sahaja melibatkan penguatkuasaan tetapi pencegahan dengan memberi pemahaman kepada golongan remaja dan belia mengenai ancaman dadah.

AWANG – Sedia buat liputan.