Aidilfitri perlu disambut dalam keriangan, bukannya tangisan. Justeru Awang berharap pemandu-pemandu akan berhati-hati terutamanya pemandu bas. Kita tidak mahu jalan raya atau lebuh raya terus menjadi ‘sungai maut’.

Di peringkat pihak berkuasa, Awang berpendapat mereka sudah melakukan segala-galanya untuk mengelakkan kemalangan terjadi tetapi kesudahannya ia bergantung kepada sikap pemandu juga.

Pada masa sama Awang juga  berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengambil tindakan setegas-tegasnya kepada pengguna lebuh raya yang menggunakan lorang kecemasan apabila berlaku kesesakan.

Tindakan mereka tidak boleh dibiarkan kerana mengundang bahaya kepada pengguna lain. Mereka perlu dikenakan denda maksimum tanpa diskaun. Begitu juga kesalahan-kesalahan lain yang boleh menyebabkan kemalangan.
 


Awang – balik kampung malam raya.