Sepatutnya dia jaga kakaknya dan bukan ambil kesempatan memuaskan nafsu abang iparnya! Bro tak tahu perempuan `jenis’ apakah ini tetapi walaupun Bro tak suka banyak perangai perempuan tetapi Bro berpendapat inilah perangai paling buruk pernah Bro tahu.

Soal abang ipar itu satu hallah, tetapi yang perempuan itu sanggup membuat hubungan sulit dengan lelaki perangai macam syaitan tu, kenapa? Eloklah , syaitan jumpa iblis maka terhumbanlah ke dalam lembah maksiat. Inilah perangai perempuan yang paling Bro benci. Bro pernah tegur dulu bagaimana selalunya yang akan mengecewakan perempuan bukan lelaki, sebaliknya perempuan lebih dahsyat lagi.

Kalau berkaitan soal pekerjaan dengki mendengki antara perempuan atau umpat mengumpat, Bro rasa bolehlah maaf lagi sebab perempuan pandai berlakon dan hipokrit tetapi bila sanggup menjalin hubungan sulit dengan abang ipar sendiri, Bro rasa ia sudah melampau.

Bro pelik perempuan yang buat perangai itu. Tak rasa bersalah ke buat hubungan dengan suami kakak dan kemudian tubuhpun diserahkan? Bro berani tanya macam ini sebab berdasarkan ciapan tersebut didedahkan mesej melalui aplikasi WhatsApp bagaimana dua makhluk ini merancang untuk `check in’ di sebuah hotel.

Kalau dah `check in ‘ kat hotel duduk satu bilik, tak kan tengok sahaja kot, apatah lagi apabila lelaki dan perempuan bukan mahram berada dalam satu bilik, pasti syaitan akan berpesta menyaksikan betapa gilanya manusia zaman sekarang.

Bro nak nasihatkan perempuan yang buat kerja bodoh ini, hentikanlah sebelum terlambat. Mungkin dia dah tak ada perasaan simpati dengan kakak dia tapi itu tak bermaksud dia boleh bermaksiat dengan abang iparnya. Benar kakaknya tidak mampu melayan nafsu suaminya lagi tetapi sekali lagi ia bukan menghalalkan si adik `menjalankan tanggungjawab itu’.

Bro juga nak bagi tahu kepada si adik yang tidak berapa cerdik ni, janganlah ikut nafsu. Buat apa muka cantik kalau perangai buruk, akhlak entah ke mana dan dosa menjadi `santapan harian’.

Mungkin si adik boleh buat tak tahu walaupun ciapan itu ditujukan kepada dia sebab dia rasa orang lain tak tahu siapa individu yang dimaksudkan. Tetapi percayalah, dosa dan maksiat tidak akan ke mana. Lambat laun sengsara pasti akan menjemput dan paling perit apabila si jantan yang si adik mungkin dah serah tubuhnya itu akan tinggalkan dia.

Sebagai lelaki, Bro faham sangat, tidak semua lelaki baik macam Bro ni. Ada lelaki yang berpendapat, buat apa nak rasa `lauk’ yang sama, kalau dia boleh dapat `lauk’ lain apabila isterinya meninggal dunia kelak.

Jadi Bro nak ingatkan si adik yang sanggup menghancurkan hati si kakak, bertaubatlah selagi ada kesempatan. Sujudlah di kaki si kakak untuk memohon maaf, jika itu tidak dapat dilakukan, Bro percaya si adik akan sengsara sepanjang hayat.

Kepada si kakak, Bro doakan dia tabah menghadapi ujian Allah. Bersedialah untuk bertemu dengan-Nya. Bro bukanlah minta yang tidak baik tetapi berdasarkan ciapan itu, Bro tahu dia berada pada tahap cukup kritikal. Doa Bro bersama dia walaupun Bro tak kenal siapa si kakak.

Bro – sedih