2. Seni khat bukan setakat konseptual kepada tulisan serta kesenian bangsa Arab semata-mata, bahkan dicatatkan oleh sejarah bahawa ia telah berkembang sehingga mempengaruhi bangsa Parsi, bangsa Hindi, bangsa Saljuk iaitu orang Turki dan juga penduduk di Kepulauan Melayu iaitu Tanah Melayu, kerajaan Aceh, Parsi, Borneo dan Mindanao.

3. Mempelajari seni khat atau tulisan jawi sama sekali tidak menggugat pegangan agama seseorang seperti mana ditegaskan oleh sasterawan Prof Madya Dr Lim Swee Tin.

4. Malah felo utama Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Teo Kok Seong turut sependapat bahawa pelajar SJKC dan SJKT berpeluang mempelajari suatu seni tulisan bahasa Melayu yang mempunyai dua skrip iaitu dalam tulisan jawi serta rumi.

5. Justeru, saya berharap pihak tertentu tidak menangguk di air keruh di atas pendirian muktamad kerajaan untuk meneruskan pengenalan tulisan kahat di sekolah rendah, waima sebilangan pemimpin DAP dan pertubuhan mewakili pendidikan Cina serta parti-parti pembangkang.

6. Keresahan yang dibangkitkan oleh sebilangan pihak terhadap seni khat kita berharap sebagai `perkongsian perbezaan pendapat’, yang akhirnya menjurus kepada suatu bentuk pemahaman bahawa kepelbagaian itu kekuatan.

7. Bersama-samalah kita memelihara kemakmuran bersama dengan hidup dalam pelbagai bangsa masa depan Malaysia yang lebih gemilang.

Datuk Marzuki Yahya merupakan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu (Bersatu)

Penafian: Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian Utusan.