UKE: Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada solat (tidak solatnya) bagi sesiapa yang tidak membaca dalamnya surah al-Fatihah.”

Dalam hal ini ada dua keadaan yang boleh di perhatikan;

Pertama, keadaan kepada imam. bagi imam yang terlupa membaca al-Fatihah, solatnya tidaklah batal kerana dia terlupa tetapi dia hendaklah menambah rakaat sebelum salam. Ini kerana rakaat yang dia terlupa untuk membaca al-Fatihah sudah tidak bernilai. Oleh itu sebelum salam, dia perlu bangun dan tambah rakaat sebagai ganti kepada rakaat yang mana dia terlupa membaca al-Fatihah. Adapun, jika dia tidak bangun menambah rakaat sesudah salam dan berlalu dalam tempoh masa yang lama, maka solat yang dilakukannya sebelum itu tidak sah dan perlu mengulang semula solatnya.

Kedua, keadaan bagi makmum. Makmum boleh menegur atau mengingatkan imam dengan ungkapan Subhanallah. Oleh itu jika imam membaca kembali surah al-Fatihah maka selesailah masalahnya. Tetapi jika imam buat tidak peduli dengan ungkapan tadi maka makmum boleh mengikut cara di bawah iaitu;

  • Terus mengikut imam dengan harapan dan anggapan bahawa imam akan menggantikan semula rakaat yang dia terlupa membaca al-Fatihah. Jika Imam tidak mengganti rakaat pada akhir solat iaitu sebelum salam, makmum boleh berniat mufarraqah (berpisah) dan mengganti sendiri rakaat tersebut.
  • Makmum terus berniat mufarraqah dan meneruskan solatnya secara sendiri.