Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Utamakan budi bahasa

Saudara Pengarang, SAYA ingin memberi respons kepada tulisan HAJI KAMARUL dalam FORUM Utusan Malaysia bertarikh 15 Mac 2017 bertajuk Budi bahasa atasi paras rupa.

Fenomena yang dinyatakan penulis dalam surat itu mengenai sikap golongan muda yang lebih menjaga penampilan sama ada pakaian, solekan, produk kecantikan dan aksesori badan daripada budi bahasa memang berlaku dewasa ini sehingga menimbulkan kegusaran segenap lapisan masyarakat.

Anak muda sekarang adalah hasil didikan sistem pendidikan kita yang terpaksa diubah atas desakan ibu bapa yang mahu hukuman berat dalam mendenda pelajar digantikan dengan pendekatan lebih lembut.

Kini di sekolah-sekolah digalakkan program guru penyayang. Tiada lagi hukuman rotan terhadap pelajar yang melanggar peraturan.

Bukan itu sahaja, terdapat dalam kalangan pelajar yang terlalu dimanjakan oleh ibu bapa sehingga mereka tidak lagi menghormati guru.

Jika golongan tua (ibu bapa) sudah kencing berdiri, apa nak hairan jika anak mereka pula kencing berlari.

Sesungguhnya benarlah kata sesetengah pihak bahawa pendidikan awal kanak-kanak adalah bermula dari rumah.

Apabila anak-anak tidak mendapat pendidikan yang baik di rumah ditambah pula dengan keterbatasan guru di sekolah maka akan lahirlah generasi muda seperti yang ada sekarang.

Generasi itu seperti buah yang nampak cantik dan ranum di luar, namun isinya masam serta berulat.

ORKID LAYU

Sungai Sumun, Perak

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain