Jalan ini perlu diturap dengan secepat mungkin. Saya ingin maklumkan jalan ini sudah dua minggu dibaiki tetapi tiada penurapan baharu dilakukan.

Diharap dapat kiranya tindakan segera diambil pihak berwajib kerana laluan ini sesak teruk sehingga tiga kilometer di waktu puncak sebelah pagi disebabkan jalan tidak rata dan juga lampu isyarat berdekatan.

Pengguna terpaksa memperlahankan kenderaan kerana bimbang kerosakan tayar dan rim. Laluan ini juga menjadi laluan utama penduduk kampung ini.

SAM TERATAI 1