Ramai rakan saya yang begitu totok menyokong parti dan ahli politik kini merasakan tertipu dan berharap dapat memutar kembali masa untuk mengubah undi mereka.

Tidak kurang ahli keluarga yang memilih untuk tidak mengundi, siang malam terfikir mungkinkah undi mereka mengubah keputusan PRU-14 dan memilih wakil rakyat berbeza.

Apa pun, semuanya sudah berlalu dan kita perlu terima suara majoriti dalam sistem demokrasi ini tidak kiralah sama ada rasa tertipu, dipermainkan ataupun gagal menjalankan kewajipan.

SAIFUL

Klang, Selangor