Sebenarnya trend ini serupa dengan sebelum pilihan raya lalu di mana penyokong kerajaan lama ketika itu tidak banyak komen sementara penyokong bekas pembangkang begitu galak berbicara.

Sungguh unik cara ideologi politik digambarkan dalam media sosial di negara ini kerana nampaknya hanya pihak yang kalah akan bising sementara yang menang sunyi sepi, mungkin puas sudah mencapai sasaran.

Saya nampak trend ini tidak sihat kerana sebahagian rakyat sudah menjadi ‘macai’ atau pengikut tegar satu kumpulan sementara mereka di atas pagar kini senyap.

Berpolitiklah secara sihat, apatah lagi dalam media sosial, semua pihak perlu berfikir secara rasional.

Mungkin akan mengambil sedikit masa untuk rakyat Malaysia matang dalam berpolitik.

ANAK PERANTAUAN

Johor