Dalam sejarah SST pertama di mana peristiwa yang berlaku disebabkan kenaikan harga barang keperluan harian yang di luar jangkaan yang hingga menyebabkan rakyat ‘sangat terkejut.’

Ini disebabkan Menteri Kewangan menguar-uarkan tidak akan berlaku kenaikan barang.

Manakala tinjauan pihak berkuasa hanyalah tertumpu di bandar sahaja dan tidak menyeluruh.

Maka kenyataan yang dibuat secara rambang sahaja untuk menyedapkan hati semua pihak.

Dalam sejarah SST kedua di mana satu titik hitam berlaku dalam sistem perundangan Malaysia.

Masing-masing menyatakan ‘sangat terkejut’ dengan keputusan Peguam Negara menarik kes tuduhan rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang.

Tiada alasan yang jelas diberikan.

Dengan keputusan yang ‘sangat terkejut’ itu SPRM menyatakan mereka tidak terlibat membuat keputusan tetapi peguam bela menyatakan sebaliknya.

Ini belum lagi melihat perkara-perkara yang di luar jangkaan tetapi ketika itu tidak ramai ‘sangat terkejut.’

Misalnya kes Rafizi dengan ROS, Kes lewat, Kelulusan ROS terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan hutang mengejutkan mendadak sehingga RM1 trillion.

Dalam sejarah SST ketiga di mana Perdana Menteri memgumumkan bahawa Tabung Harapan telah ditutup kepada penderma yang baik hati.

Rupa-rupanya tabung itu untuk menguji taat setia rakyat Malaysia tetapi bukan untuk menyelesaikan hutang.

Tiada beritanya lagi. Tiada penyata kewangan di mana wang tersebut dibelanjakan atau digunakan.

Tidak diaudit?

Maka ‘sangat terkejutlah’ pemain media sosial seperti FB setiap hari.

Maka ketiga-tiga peristiwa di atas akan ‘senyap’ selepas ini.

Jangan pula ada rakyat Malaysia mati selepas pelbagai peristiwa yang ‘sangat terkejut’ dalam era Malaysia baharu ini.

Ujian kesetiaan ini adalah untuk orang kebanyakan sehingga orang ada kedudukan dan darjat.

Sayangi Malaysiaku!

ZULKAS

Kampung Tengah Ayer Baloi