Lapangan terbang yang menjadi hab pengangkutan penting yang dapat dikaitkan dengan Iskandar Malaysia ini digunakan 14,000 penumpang pada tahun 2016.

Saya mendapati bahasa Melayu tidak diletakkan sebagai bahasa rasmi negara di sana.

Sebagai contoh, di bahagian kios pendaftaran masuk, mereka hanya menggunakan perkataan bahasa Inggeris iaitu Self Checkin Kiosk.

Tiada langsung istilah dalam bahasa Melayu.

Di dinding atas lapangan terbang, terpampang satu iklan cukup besar tentang promosi pelancongan sebuah negeri di Pantai Timur, tanpa sepatah pun menggunakan bahasa Melayu. tempat duduk milik premis perniagaan jika mereka tidak makan minum di situ. Selepas masuk ke bahagian perlepasan, memang ada tempat duduk yang banyak. Situasi kekurangan tempat duduk awam ini tidak berlaku di beberapa buah lapangan terbang luar negara yang saya lawati.

Seperkara lagi, saya dapati tiada premis perniagaan di sana yang menjual surat khabar harian.

Keadaan itu amat pelik kerana terdapat kedai buku terkenal dan beberapa kedai serbanika yang biasanya menjual surat khabar.
 Saya puji keadaan lapangan terbang itu yang bersih dan dijaga rapi. Pekerja pembersihan dilihat kerap meronda dan melakukan aktiviti pembersihan.

Saya berharap pihak berkuasa lapangan terbang dan premis perniagaan dapat memperbaiki keadaan. Kita mahukan lapangan terbang itu terus maju dan menerima lebih banyak pelancong dari dalam dan luar negara. Setakat ini 15 syarikat penerbangan terbang dan mendarat di situ.

MUSTAFFA SIRAJ

Batu Pahat