Antaranya ura-ura menghapuskan pemberian pencen kepada kakitangan awam dan pemberhentian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat miskin.

Pencen tidak boleh dihapuskan di negara ini kerana kebanyakan daripada kakitangan awam yang berusia 60 tahun ke atas tidak lagi larat membuat kerja-kerja lain selepas bersara, selain kerja-kerja rumah ringan.

Kebanyakan mereka yang berpencen di usia senja itu juga menghidap pelbagai penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, angin ahmar, lemah jantung, sakit seluruh badan dan sebagainya.

Pemberian BR1M juga tidak boleh dihapuskan memandangkan ia sudah sebati dengan rakyat kerana lebih berupa saguhati atau token kepada rakyat untuk membantu kelangsungan dan kesejahteraan hidup mereka.

Pemberian BRIM bukan untuk memanjakan rakyat sebaliknya adalah satu platform untuk kerajaan menjalankan tanggungjawab menghulurkan bantuan kepada golongan daif dan kurang berkemampuan.

Jadi, fikir-fikirkanlah kerajaan Pakatan Harapan agar tidak membuatkan hati rakyat berasa resah gelisah sehingga menyebabkan kami hidup tidak sejahtera kerana akhirnya akan menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan baharu ini kelak.

OUI BIN SAL

Tanah Merah, Kelantan