Walaupun wujud undang-undang dan peraturan di Malaysia dan negara-negara jiran berkaitan pemuliharaan hidupan liar, perdagangan haiwan berkenaan masih meluas serta berterusan di rantau ini.

Untuk mengatasi masalah ini, syarikat logistik yang menjalankan pengimportan dan eksport barangan perlu memberikan tumpuan ke atas langkah penguatkuasaan lebih tegas dan sekatan lebih ketat untuk mencegah dan menghukum penyalahgunaan perkhidmatan mereka bagi penyeludupan hidupan liar secara haram.

Ketua kumpulan pedagang ini sering terlibat dalam pelbagai perniagaan yang sah dan haram. Mereka mestilah dipantau. Kedai haiwan peliharaan dan zoo mesti diteliti dan siasatan lanjut harus dijalankan memandangkan sesetengahnya hanya menjadi pelindung bagi aktiviti haram.

Siasatan terhadap aliran kewangan haram berkaitan individu dan syarikat yang disyaki terlibat dalam penyeludupan hidupan liar, pengubahan wang haram dan jenayah lain yang berkaitan adalah satu lagi aspek perlu diteliti.

Rasuah dalam agensi penguatkuasaan juga adalah antara perkara yang menjadi kebimbangan utama.

SAHABAT ALAM 
MALAYSIA (SAM)
Pulau Pinang