Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tambah baik latihan teknikal, vokasional

PROJEK MRT memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi.  GAMBAR
PROJEK MRT memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi. GAMBAR HIASAN/UTUSAN

SAUDARA PENGARANG, PADA Isnin ini, penduduk Lembah Klang bakal menikmati kemudahan pengangkutan awam lebih selesa apabila fasa kedua perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) dari Semantan ke Kajang mula beroperasi.

Selain dapat meningkatkan keselesaan orang ramai, projek MRT memberi keuntungan kepada kontraktor bumiputera. Saya difahamkan bagi fasa satu sahaja yang bernilai RM21.2 bilion, seba­nyak 51 peratus daripada pakej pembangunan diberikan kepada mereka.

Turut mendapat faedah adalah generasi muda berpendidikan teknikal dan vokasional yang berpeluang mendapat pekerjaan kerana perkhidmatan pengangkutan itu memerlukan kakitangan berkemahiran tinggi.

Kita tidak menghadapi masalah untuk menyediakan kakitangan terlatih kerana kerajaan sejak dahulu lagi telah mengambil langkah bijak mewujudkan pusat-pusat pendidikan teknikal dan vokasional.

Dalam pada itu, saya berharap penambahbaikan dilakukan terhadap latihan teknikal dan vokasional dengan mengambil lebih banyak guru mempunyai pengalaman industri untuk memastikan pelajar dapat belajar mengenai perkara sebenar berlaku di luar.

Ini bermakna setiap perkara yang diajar sewaktu dalam latihan boleh terus dipraktikkan pelajar apabila menempuhi alam pekerjaan kelak.

Justeru, pengamal industri yang memilih menceburi bidang perguruan perlu diberikan pelbagai insentif kerana mereka adalah aset penting dalam pendidikan teknikal dan vokasional.

Dengan memilih bidang perguruan, pengamal industri bersedia berkorban dalam pelbagai aspek seperti status senioriti dalam kerjaya dan kadar gaji yang kebiasaannya lebih rendah.

Saya berharap pintu dibuka seluas-luasnya kepada pengamal industri berkebolehan yang berminat menceburi profesion perguruan.

Kursus pedagogi jangka pendek boleh diadakan sebagai persediaan kepada mereka untuk menjadi seorang guru.

DR. MUHD. KHAIZER OMAR

Universiti Putra Malaysia (UPM)

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain